Wednesday, January 29, 2014

Mandi wiladah & mandi nifas

Copy paste dari Q&A di halaqah.net. Rasanya ramai yang mengadap situasi no 2 kan?

***

bincang pasal mandi wiladah ni kita kena faham tujuan mandi, untuk mensucikan diri dari hadath dan membolehkan seseorang menunaikan ibadat wajib seperti solat dll.

Kesimpulannya wanita yang melahirkan ada 3 keadaan:

1) Jika ia melahirkan tanpa diiringi nifas, maka wajib dia mandi wiladah semata-mata, dan wajib ia menunaikan solat selepas itu, walaupun masih dalam pantang.

2) Jika ia melahirkan dengan diiringi nifas serta merta, maka wajib baginya mandi nifas semata-mata setelah kering darah nifas dan wajiblah ia mendirikan solat selepas itu.

3) Jika ia melahirkan, pada mulanya tanpa diiringi nifas, maka wajib ia mandi wiladah dan mendirikan solat. Kemudian jika ia didatangi pula dengan nifas, maka dia hendaklah berhenti solat dan wajib ia mandi nifas apabila kering darah nifas. kemudian wajiblah ia solat.

Wallahu A'lam.

No comments:

Post a Comment